DON'T MESS WITH MELAKA

DON'T MESS WITH MELAKA
" Kita kasi gegau Melaka "

Saturday, 15 November 2014

Yang berikut merupakan antara bahasa orang Melaka. Orang melaka je yang paham.Kot lah. Hehehe.

1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni” 3. Kahau : Cakap kasar 4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) sebut betul-betul GODAK. Pandai…. 5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati) 6. Berboko, barah, cekik : Makan 7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le……… 8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau) 9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) 10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik) 11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumahdak Leman. 12. Membongkah : kuat makan (Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik) 13. Gobok : Almari 14. Membongkang : tidur yang amat lena. 15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau. 16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau) 17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas. 18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah 19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane? 20. Lopak : Pencil box 21. Beledi : Baldi 22. Lemari : Almari 23. Lebang : Pemalas # Memang nampak kasar tapisebenarnya orang Melaka semuabaik-baik. Saya orangg melaka

1 comment:

  1. Maaf dik.. nak tambah je.. tak semua bahasa melaka berbunyi a menjadi e atau r menjadi u seperti yg nurulain terangkan. Melaka ada 3 daerah iaitu melaka tengah, alor gajah dan jasin. Jika di melaka tengah dan jasin, bahasa memang seperti yang nurul terangkan tetapi jika di alor gajah, bahasa di sana serupa negeri sembilan. ( Cth: ko nak poyi mano?) Adat di alor gajah pun mengkut adat di negeri sembilan yang mana harta keluarga jatuh pada anak perempuan.

    ReplyDelete