DON'T MESS WITH MELAKA

DON'T MESS WITH MELAKA
" Kita kasi gegau Melaka "

Saturday, 15 November 2014

Pengangkutan di Melaka

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakanstesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka.Dahulu stesen keretapi ini dikenali Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang.Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah stesen Tebong tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaiktaraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar,Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.
Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjug Malaysia.Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia hari ini. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral. Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan carter dari kawasan sekitar.Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses naik taraf dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak peswat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.
Susur keluar Ayer Keroh dari selatan dan Simpang Ampat dari utara bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka.

# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :) 

No comments:

Post a Comment