Assalamualaikum. Umum kita semua tahu bahawa melaka mempunyai banyak muzium bersejarah, iaitu bangunan lama hasil tinggalan zaman jajahan dahulu kala. Tak tahu ler kisah nie betul atau tidak. Tapi kisah ini berdasarkan pengalaman individu tersebut. Hanya untuk perkongsian dan pengetahuan bagi yang meminati kisah-kisah seperti ini. Sila rujuk link yang berikut untuk kisah selanjutnya. Hehehe. Terima kasih :)
http://malaysianreview.com/50605/muzium-melaka-berhantu-baca-kisah-misteri-seram-ini/
Kami anak jati MELAKA. Memohon maaf andai bahasa dan percakapan kami menyinggung perasaan anak-anak negeri lain. Bahasa kami memang agak KAHAU/KASAU. Tapi kalau korang (anak negeri lain) tahu siapa kami, korang akan tahu HATI kami. Sekian ! Dari anak jati MELAKA. Saya bangga menjadi anak jati MELAKA :) "ULAU MELENGKAU ATAS PAGAU"
DON'T MESS WITH MELAKA
Saturday, 15 November 2014
Mengkaji Keunikan Kota A Famosa Melaka
#Assalamualaikum. Kebetulan sebelum nie saya ada membuat serba sedikit kajian tentang A Famosa Melaka. Ini adalah kerana tugasan individu bagi subjek Wacana Bahasa Melayu yang perlu saya siapkan. Dan yang berikut adalah hasil yang dapat saya kongsikan bersama. Harap dapat membantu. Andai ada penambahbaikkan, sialakan tegur dan saling bertukar maklumat. Terima kasih )
1.0
Pengenalan
Melaka, sebuah negeri yang kaya dengan kesan-kesan sejarah tanah air yang
penting, malah negeri ini juga pernah menjadi pusat sebuah empayar yang luas
pada abad ke-15. Salah sebuah kesan sejarah yang terkenal ialah Kota A Famosa
yang kini hanya tinggal pintu kotanya sahaja, iaitu di kaki Bukit St. Paul yang
lebih dikenali sebagai Porta de Santiago.
Menurut Mohd Yusuff
Hashim (2005) “kewujudan Melaka sebagai suatu entiti politik dan kerajaan
memberi pengertian sejarah yang cukup besar dan bermakna dalam persejarahan
Malaysia. Malah ada sarjana di pelbagai peringkat institusi pendidikan negara
yang kerap menyarankan bahawa persejarahan negara harus bermula dengan tradisi Melaka”
(m.s 3). Pada tahun 1509,
Portugis telah menghantar orangnya, iaitu Diago De Square ke Melaka sebagai
pedagang. Disamping berdagang, beliau mengawasi setiap perkembangan yang
berlaku di Melaka. Kerana kesilapannya, Diago De Square dan orang-orangnya,
telah ditawan dan dipenjarakan oleh Sultan Melaka. “Pada 25 November 1510, .AlFonso
De Albuquerque telah menawan Goa di India dan dari sinilah beliau telah
merancang untuk menyerang Negara Islam di sebelah timur, iaitu Melaka” (IesNordin
Hj Malan, 1997, 31). Selain daripada menguasai perdagangan yang diperdagangkan
di Eropah, beliau juga menakluk serta menyebarkan agama Kristian. Pada 24 Ogos
1511, tentera-tentera Portugis di bawah pimpinan AlFonso De Albuquerque telah
menumpaskan pahlawan-pahlawan Melaka di dalam satu peperangan yang sengit dalam
masa satu bulan. Mulai dari detik itu, lenyaplah keagungan dan kemegahan
Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang tinggal hanyalah tercatat di dalam
kenangan sejarah sahaja. Kota A Famosa bermaksud
"Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. A Famosa telah dibina oleh
Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Selain itu, A
Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan
Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih
tinggal di Asia. Kota A Famosa mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan.
Pembinaan kota A Famosa ini dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque,
boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu. Kota A
Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Malahan, penjajah
Portugis turut menjadikan kota A Famosa sebagai satu penempatan Kristian dengan
lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.
2.1 Asal Usul Kota A Famosa
Menurut
catatan Laksamana Cheng Ho dari China yang pernah melawat Melaka pada tahun
1409, pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, terdapat sebuah kota
yang didirikan oleh Raja Parameswara. Kota ini didirikan daripada kayu yang
kuat sebagai tembok dan mempunyai 4 pintu. Pada waktu malam, ia sentiasa dijaga
rapi. Baginda Sultan membina kota ini bertujuan untuk dijadikan gedung simpanan
barang-barang dan khazanah kerajaan di samping sebagai benteng pertahanan dari
serangan musuh.
Kota
ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa oleh Raja-raja yang menggantikan
baginda. Dalam peperangan yang hebat dengan Portugis pada tahun 1511, kota ini
tidak dapat dihancurkan oleh musuh dan berikutan dengan itu juga, Melaka dapat
ditawan oleh Portugis. Menyedari kepentingan pertahanan yang lebih kukuh di
Melaka, maka Ketua Portugis di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah mengarahkan
sebuah kota didirikan.
Pada
awalnya, Albuquerque bercadang untuk membina kota ini daripada kayu dan batu,
tetapi kemudiannya mengarahkan supaya kota ini dibina daripada batu sepenuhnya
memandangkan kemudahan bahan itu pada masa itu. Ekoran daripada itu, beliau
telah mengarahkan askar-askarnya dan menggunakan 300 hingga 400 orang hamba
raja yang ditawan untuk membina kota ini.
2.2 Keunikan dan Ciri-Ciri Kota A Famosa
A Famosa merupakan nama
kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik
sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina
kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka
membina kubu utama yang digelar A Famosa, atau secara rasminya Kubu Melaka
(Fortaleza de Malaca). Pembinaan Kota A Famosa ini mengambil masa selama 5
bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai
buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut.
Kota A Famosa ini dilengkapi dengan empat
menara atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5
meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de
las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de
Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang
dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
Kota A
Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah.
Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah dan Jalan
Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan
lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.
Kota
ini berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal
2.4 meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu
utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai. Selain daripada
itu, kota ini juga mempunyai 8 buah menara tempat kawalan setinggi 18-24 meter
dan tebal temboknya 4.5 meter. Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat
kediaman tentera-tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.
Terdapat
juga lorong-lorong antara tempat-tempat kawalan itu untuk kemudahan pada masa
peperangan. Sementara itu, di sekeliling tembok kota juga ditempatkan 60 orang
sepoi yang lengkap bersenjata. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam kota
selepas pukul 6 petang. Pada pukul 8 malam, jambatan jungkit yang merentangi
sungai ditarik naik ke atas kota. Sesiapa yang berjalan di sekitar kota tanpa
membawa jamong atau lampu suluh, akan ditahan oleh askar-askar yang berkawal.
Begitu juga sesiapa yang tidak menyahut cabaran pengawal akan ditembak.
Tambahan,
di dalam kota ini juga terdapat beberapa buah bangunan. Salah sebuah
bangunannya setinggi 36.3 meter dan mempunyai empat tingkat bangunan. Ia
digunakan sebagai tempat kediaman dan kawalan keselamatan di sekitar kota.
Sebuah bangunan lagi setinggi lima tingkat, dan pada tingkat kedua didiami oleh
Kapten orang Portugis di Melaka. Pada tingkat ini, terdapat kediaman
pegawai-pegawai dan simpanan peluru-peluru, manakala pada tingkat bawah sekali
adalah tempat simpanan barang-barang makanan seperti beras dan lain-lain. Namun
kini, corak penempatan kota A Famosa telah pun berubah dari semasa ke semasa
berikutan pembangunan ekonomi negara (rujuk lampiran).
a.
Batu Laterit
Batu Laterit merupakan
sejenis batu yang biasanya terdapat di pinggiran pantai dan pulau-pulau di
negeri Melaka. Pada zaman pemerintahan Portugis, batu laterit telah digunakan
bagi membina kota pertahanan dan gereja milik mereka. Batu ini diperolehi dari
Pulau Upeh dan pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Jawa dan Pulau panjang.
Batu ini dipotong secara manual oeleh buruh-buruh paksa semasa pemerintahan
Portugis.
Senibina
bangunan yang menggunakan batu laterit dan masih kekal sehingga kini adalah
Gereja St. Paul, Pintu Gerbang Santiago (A Famosa), Kota St. John dan bangunan
Stadthyus. Manakala sebahagian besar rumah besar kedai di Jalan Hang Jebat
(Jonker Steet) dan Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) pada zaman
pemerintahan Belanda menggunakan batu jenis ini yang diambil daripada runtuhan
bangunan zaman Portugis.
Di
samping itu, hasil daripada perbualan lisan yang dijalankan bersama Latifah
Abdul Latif (23 Oktober 2014) menjelaskan bahawa “putih telur ayam telah
dicampurkan bersama batu karang laut yang telah dihancurkan untuk mencantumkan
batu-batu tersebut dalam proses pembinaan kota A Famosa. Sumber yang berikut
diperolehi daripada hasil bumi tanah Melayu itu sendiri. Tambahan, kependudukan
dalam kota A Famosa hanyalah terdiri daripada orang-orang Portugis sahaja,
manakala orang- orang Melayu telah diusir daripada penempatan tersebut bagi
melambangkan kemegahan kota A Famosa”.
2.3 Kuasa Penjajah
Pada tahun 1509, perdagangan ekspedisi
Portugis diperintahkan oleh Diego Lopez de Sequeira tiba di Melaka, di mana
mereka mahu mendapatkan kebenaran untuk menubuhkan sebuah pos perdagangan.
Walau bagaimanapun salah faham dengan orang Melayu telah berlaku dan mereka
diserang, tetapi melarikan diri, meninggalkan dua puluh banduan.
Pada tahun 1511, Portugis
di bawah pimpinan Al'fonso de Albuquerque menyerang Melaka dan mengambil alih
bandar selepas pengeboman yang berterusan. De Albuquerque menubuhkan
pentadbiran Portugis dan membina kubu besar-besaran yang dikenali sebagai A
Famosa. A Famosa memastikan kawalan Portugis bandar untuk 130 tahun bulan
depan, sehingga pada tahun 1641, Belanda selepas pengepungan tujuh bulan dan
pertempuran sengit, ia ditangkap. Dalam tempoh 150 tahun akan datang Belanda
membina semula bandar dan mendudukinya sebahagian besarnya pangkalan tentera,
menggunakan lokasinya yang strategik bagi mengawal Selat Melaka.
(Tanpa nama,
2004) menerangkan : Pada tahun
1795, apabila Belanda ditawan oleh tentera Revolusi Perancis, Melaka telah
diserahkan kepada British oleh Belanda untuk mengelakkan penangkapan oleh
Perancis. Walaupun mereka kembali bandar kepada Belanda pada tahun 1818, ia
tidak lama lagi diberikan kepada British sekali lagi di bawah Perjanjian Anglo
Belanda. Dari tahun 1824, Syarikat Hindia Timur Inggeris di Cacutta memerintah
bandar, walaupun ia mengalami pendudukan Jepun dari 1942 hingga 1945 Setiap
peraturan meninggalkan kesan di belakang untuk dipalsukan dan dicampur ke dalam
campuran yang baru dan unik (m.s 9)
2.4 Fasa-Fasa Penaklukan Kota A Famosa Melaka
a.
Penaklukan Kota A Famosa oleh Belanda
Kota A Famosa telah dibina dengan begitu
kukuh sehinggakan ia dapat membantu Portugis dalam menangkis semua bentuk serangan
dari pihak luar. Antara langkah yang diambil dalam menakluk Melaka, pasukan
Belanda telah mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk
yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan sehinggakan
terdapat satu kes yang mana seorang wanita terpaksa memakan bayinya yang telah
mati.
Akhirnya, pada 14 Januari
1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang telah mengorbankan
lebih 7,000 orang akibat daripada tembakan senjata api. Manakala, kota A Famosa
yang rosak teruk dalam pertempuran tersebut telah diperbaiki sementara Porta de
Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia
Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda telah membaiki dan
mengubah suai, serta meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih
kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, iaitu satu-satunya pintu yang
terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
b.
Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah
Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke
London, dimana beliau memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima
tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.
Akibatnya, pihak British berjaya menguasai semula Melaka pada tahun 1795 tanpa
sebarang pertempuran.
Selepas menguasai Melaka,
pihak British tidak lagi berminat untuk menyimpan, ataupun membiayai penempatan
tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu
dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya pihak British telah
meninggalkan kota kukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi akan mengundang
padah kepada mereka sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.
Tambahan lagi, mereka
tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa
dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang
dan Singapura. Oleh hal yang demikian, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan
Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah
membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa.
Beliau menyatakan bahawa
penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dengan dua
sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu
membiayai kos penempatan tentera sepoi dan pengecilan itu akan dapat membantu
memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.
Maka pada awal 1804,
beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan
semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa
dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan
tersebut, kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di
Bandar Hilir, Melaka dihancurkan.
Kerja merobohkan Kota A
Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya beliau memerintahkan pesalah
supaya merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan
besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan
terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa
dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki
kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan
dan jatuh ke laut.
Hampir kesemua kubu,
tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan
enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan. Semasa kerja-kerja pemusnahan
berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles, seorang kakitangan kerajaan
yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar telah
mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, lalu beliau menulis surat kepada
Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan
Kota Famosa tidak patut dilakukan.
Beliau telah memberikan
sebab-sebab tertentu. Pertamanya, jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain
akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, dan keduanya,
Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirnya tidak memerlukan
perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak
perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah
pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ.
Tambahan, beliau turut
menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali
dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris
tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah.
Pemusnahan Kota A Famosa dalam
tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan
satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya
peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A
Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya,
sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan
Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatera.
2.5 Kepentingan dalam Memulihara Bangunan
Bersejarah seperti Kota A Famosa Melaka
Umumnya, bangunan
bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan serta iktibar kepada
masyarakat terutama golongan remaja. Kita sedia maklum bahawa remaja pada hari
ini kurang mempunyai kesedaran diri berkaitan dengan sejarah Malaysia apatah
lagi semangat patriotisma dalam diri.
Dengan
adanya bangunan bersejarah di negara, kita dapat menjadikan ia sebagai salah
satu cara untuk memupuk semangat patriotisma dalam kalangan generasi muda.
Seterusnya mereka dapat menjadikannya sebagai panduan hidup. Oleh itu, bangunan
bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan serta penghayatan oleh
generasi muda dan generasi akan datang. Hal ini kerana bangunan bersejarah amat
vital dalam pembentukan minda generasi muda terutamanya ke arah penghayatan
warisan dan khazanah negara.
Di
samping itu juga, bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang
patut dipelihara dan diwarisi. Bangunan bersejarah dapat memangkin jiwa
generasi muda agar lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara.
Tinggalan sejarah ini dapat mengingatkan generasi muda tentang segala
pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air.
Peribahasa
Melayu mengatakan “biar putih tulang jangan putih mata” sentiasa tersemat di
dalam hati para pejuang negara ketika itu. Secara tidak langsung, hal ini dapat
mencelikkan minda generasi muda agar sentiasa berwaspada terhadap musuh negara
yang sentiasa mencari peluang untuk menjajah negara kita sekali gus berjuang
bermati-matian untuk ibu pertiwi daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
Kota A
Famosa di Melaka merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.
Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan
kepimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Selain itu,
bangunan bersejarah dan monumen lama juga turut memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan di negara kita khususnya kepada para pelajar dan
penyelidik.
Kita
sedia maklum bahawa pelbagai ilmu akan dapat dipelajari dengan memahami dan
mengkaji bangunan dan monumen lama. Jika kita menghayati sejarah, di sebalik
bangunan tersebut serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku
maka kita dapat terus mara tanpa mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh
masyarakat terdahulu. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya
menggambarkan sejarah hitam negara, namun kita tidak harus menjadikannya sebagai
halangan untuk mencapai kejayaan.
Hal
demikian kerana negara kita juga mampu menjadi sebuah negara yang setaraf
dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan
mengambil ikhtibar daripada sejarah silam negara. kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
3.0 Penutup
A Famosa (Porta de
Santiago). Struktur ini adalah salah satu daripada empat pintu utama kubu Portugis
yang terkenal. Dibina oleh Alfonso de Albuquerque pada tahun 1512, iaitu setahun
selepas Portugis menyerang Melaka. Mereka menggunakan bahan-bahan dari runtuhan
Istana Melaka, kubu, makam orang Islam, masjid, pelabuhan Melaka dan sebagainya
dalam pembinaan kota A Famosa. Portugis hanya mengambil masa satu tahun untuk
membina banteng kubu tersebut. A Famosa dibina atas tujuan untuk memagari
serangan daripada Sultan Mahmud, iaitu dari Empayar Kesultanan Melaka dan
serangan berterusan daripada kerajaan Acheh serta Johor.
Secara umumnya, kota A
Famosa ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana ia mula dibina
hingga ia dirobohkan. Terbukti bahawa kota A Famosa merupakan sebuah kubu yang
dibina sekukuhnya dimana hasil tinggalan bangunan bersejarah dan monumen yang
boleh kita lihat masih berdiri utuh dan menjadi daya tarikan pelancong luar
untuk datang melihat dengan mata kepala sendiri tentang kemegahan kota A Famosa
ini. Namun, sayangnya pembinaan kota A Famosa yang teguh ini oleh bangsa Melayu
terpaksa dibayar dengan harga kehilangan maruah dan harga diri yang tidak dapat
diganti seumur hidup hingga ke hari ini.
Ringkasannya,
sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang
kita ada sekarang hasil daripada pejuang-pejuang pahlawan Melayu dahulu yang
telah berjuang bermatian demi mempertahankan tanah air tercinta ini. Di samping
itu, kita hendaklah sentiasa menyematkan semangat patriotisma dalam diri agar
kita tidak lupa asal usul bangsa dan negara kita. Akhir kata daripada saya,
bersamalah kita memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan monumen sejarah
untuk peringatan generasi akan datang.
4.0 Rujukan
Bonny Wee. (2009). Malacca: A World Heritage Site,
Percetakan Surya Sdn. Bhd.Production & PR Consultants (M) Sdn. Bhd.
IesNordin Hj Malan. (1997). Tapak-Tapak Sejarah dan Bangunan-Bangunan
Lama
Di Negeri Melaka. Antikuiti
Wilayah Selatan. Jabatan Muzium &
Antikuiti Komplek Istana,
Jalan Kota Melaka.
Latifah Abdul Latif. (2014,Oktober,23).
Perbualan Lisan
Mohd Yusoff Hashim. (2005).
Parameswara Pengasas Empayar Melaka.
Unique Communications Sdn. Bhd. Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia (IKSEP) GRAHA IKSEP.
Pelan
Tindakan Kawasan Pemeliharaan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah. Biro Inovasi dan Perundingan Universiti
Teknologi Malaysia.
Visit
Historic Melaka Means Visit Malaysia.
(2004). Tourism Promotion Division Melaka Chief Minister’s Department.
LAMPIRAN
Bahagian
hadapan yang digelar Porta De Santiago dan dikelilingi dengan meriam disetiap
sudut
Bahagian
hadapan yang digelar Porta De Santiago dan dikelilingi dengan meriam disetiap
sudut
A Famosa diiktiraf warisan kebangsaan negara
Pintu masuk Porta De Santiago yang menjadi daya tarikan pelancong untuk bergambar
Pandangan
hadapan pintu masuk Porta De Santiago
Pandangan
daripada belakang pintu masuk Porta De Santiago
Bahagian dalam kubu kota A Famosa yang berada di Bukit St Paul
Bahagian dalam kubu kota A Famosa yang berada di Bukit St Paul
Bahagian tepi kubu kota A Famosa yang berada di Bukit St Paul
Sumber daripada Pelan Tindakan Kawasan Pemeliharaan, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Sejarah
Sumber daripada Pelan Tindakan Kawasan
Pemeliharaan, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Sejarah
Pengangkutan di Melaka
Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakanstesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka.Dahulu stesen keretapi ini dikenali Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang.Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah stesen Tebong tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaiktaraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar,Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.
Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjug Malaysia.Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia hari ini. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral. Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan carter dari kawasan sekitar.Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses naik taraf dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak peswat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.
Susur keluar Ayer Keroh dari selatan dan Simpang Ampat dari utara bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka.
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Hotel-Hotel di Melaka
- Homestay Melaka
- Yellow Mansion Boutique Hotel Melaka
- Asia Heritage Hotel Melaka
- Villa Heritage Residence Melaka
- Hotel Dream Melaka
- Hotel Shahbandar Melaka
- Laksamana Townlodge Melaka
- Mahkota Guest House Melaka
- Home2Stay Melaka
- Hotel Renassance
- Hotel Emperor
- Hotel Equatorial
- Hotel Puri
- Hotel Century Mahkota
- Hotel City Bayview
- Hotel Straits Meridian
- Hotel Naza
- Hotel Legacy
- Hotel Holiday
- Hotel Hallmark
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Pasar-Raya Besar di Melaka
- Econsave Bandar Baru Sungai Udang
- Econsave Malim(Balai Panjang)
- Econsave Batu Berendam
- Family Store Sungai Udang
- Family Store Batu Berendam
- Giant Taman Bachang
- Giant Cheng
- Giant Batang Tiga
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Pusat Membeli-Belah di Melaka
- Mahkota Parade
- Tesco Melaka
- Tesco Melaka Cheng
- Madam King
- Soon Seng Plaza
- Mydin MITC Melaka
- AEON Ayer Keroh
- AEON Bandaraya Melaka
- Parkson Grand
- Dataran Pahlawan Melaka Megamall
- Melaka Mall
- Hatten Square
- Hang Tuah Plaza
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Tempat-Tempat Menarik di Melaka
- A Famosa
- Dataran Pahlawan
- Bangunan Stadthuys
- Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar
- Perkuburan Belanda
- Muzium Budaya
- Muzium Tuan Yang Terutama
- Masjid Tengkera
- Masjid Kampong Keling
- Masjid Kampong Hulu
- Masjid Selat, Pulau Melaka
- Jonker Walk
- Ayer Keroh
- Pantai Klebang
- Pantai Kundur / Puteri
- Portugis settlement
- Bukit Cina
- Taman Ramarama
- Pusat Peranginan Auyin
- St Xavier Church
- Balai cerap AlKhawarizmi
- Sungai Melaka
- Menara Taming Sari
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Sejarah Kesultanan Melaka
Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia),Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Geografi Bandaraya Melaka
Bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka. Bandaraya ini terletak di daerah Melaka Tengah. Bandaraya ini merupakan bandar terbesar di Melaka. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008.
Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu -Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989),Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu -Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989),Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).
# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :)
Yang berikut merupakan antara bahasa orang Melaka. Orang melaka je yang paham.Kot lah. Hehehe.
1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni” 3. Kahau : Cakap kasar 4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) sebut betul-betul GODAK. Pandai…. 5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati) 6. Berboko, barah, cekik : Makan 7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le……… 8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau) 9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) 10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik) 11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumahdak Leman. 12. Membongkah : kuat makan (Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik) 13. Gobok : Almari 14. Membongkang : tidur yang amat lena. 15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau. 16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau) 17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas. 18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah 19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane? 20. Lopak : Pencil box 21. Beledi : Baldi 22. Lemari : Almari 23. Lebang : Pemalas # Memang nampak kasar tapisebenarnya orang Melaka semuabaik-baik. Saya orangg melaka
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni” 3. Kahau : Cakap kasar 4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) sebut betul-betul GODAK. Pandai…. 5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati) 6. Berboko, barah, cekik : Makan 7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le……… 8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau) 9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) 10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik) 11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumahdak Leman. 12. Membongkah : kuat makan (Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik) 13. Gobok : Almari 14. Membongkang : tidur yang amat lena. 15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau. 16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau) 17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas. 18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah 19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane? 20. Lopak : Pencil box 21. Beledi : Baldi 22. Lemari : Almari 23. Lebang : Pemalas # Memang nampak kasar tapisebenarnya orang Melaka semuabaik-baik. Saya orangg melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)