DON'T MESS WITH MELAKA

DON'T MESS WITH MELAKA
" Kita kasi gegau Melaka "

Saturday, 15 November 2014

Tempat-Tempat Menarik di Melaka


  1. A Famosa
  2. Dataran Pahlawan
  3. Bangunan Stadthuys
  4. Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar
  5. Perkuburan Belanda
  6. Muzium Budaya
  7. Muzium Tuan Yang Terutama
  8. Masjid Tengkera
  9. Masjid Kampong Keling
  10. Masjid Kampong Hulu
  11. Masjid Selat, Pulau Melaka
  12. Jonker Walk
  13. Ayer Keroh
  14. Pantai Klebang
  15. Pantai Kundur / Puteri
  16. Portugis settlement
  17. Bukit Cina
  18. Taman Ramarama
  19. Pusat Peranginan Auyin
  20. St Xavier Church
  21. Balai cerap AlKhawarizmi
  22. Sungai Melaka
  23. Menara Taming Sari

# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :) 

Sejarah Kesultanan Melaka

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia),Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :) 

Geografi Bandaraya Melaka

Bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka. Bandaraya ini terletak di daerah Melaka Tengah. Bandaraya ini merupakan bandar terbesar di Melaka. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Julai 2008.
Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu -LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989),ValparaisoRepublik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).

# Setakat nie, ini sahaja yang saya tahu. Kalau ada penambahan lain yang tak masuk, harap tegur dan maafkan :) 

Yang berikut merupakan antara bahasa orang Melaka. Orang melaka je yang paham.Kot lah. Hehehe.

1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni” 3. Kahau : Cakap kasar 4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) sebut betul-betul GODAK. Pandai…. 5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati) 6. Berboko, barah, cekik : Makan 7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le……… 8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau) 9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) 10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik) 11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumahdak Leman. 12. Membongkah : kuat makan (Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik) 13. Gobok : Almari 14. Membongkang : tidur yang amat lena. 15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau. 16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau) 17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas. 18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah 19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane? 20. Lopak : Pencil box 21. Beledi : Baldi 22. Lemari : Almari 23. Lebang : Pemalas # Memang nampak kasar tapisebenarnya orang Melaka semuabaik-baik. Saya orangg melaka